Friday, June 8, 2012

Kulat Kuku

Hai penternak kulat..:) haha.. maaf..maaf.. dalam menjaga kebersihan diri, adakah kita sedar yang kuku kita bersih atau tak?
Pernah tak kita intai  macam mana rupa kuku kita ?ada tak macam rupa kuku..ke macam rupa kutu? kutu pun aku dah tak ingat rupa dia macam mana..
Okay..serius gak sikit..
Kuku ni asset yang penting untuk memikat jantina yang berlawanan dengan kita..orang yang mempunyai kuku yang cantik dan bersih sah-sah
Dah ada cop dah kat atas kepala dia “PEMBERSIH” tapi kalau kotor..bukan kat kepala tapi kat muka dia orang cop “PENGOTOR”..normallah manusia zaman sekarang kan..
Kuku ni perhiasan yang paling kecil pada badan kita sebab tu susah nak jaga..Asyik terlupa je..Gosok sana gosok sini tapi kuku jugak yang dilupakan..
Effect kuasa duanya..terjadilah kulat kuku..
Aku tak maksudkan orang yang ada kulat kuku tu pengotor cuma, yelah macam aku kata tadi mungkin terlupa..banyak lagi tempat lain yang dia nak ingat..
Ketiak, jambang, uban dan seangkatan tempat terselit dengannya.
 Langkah awal mengesan kulat kuku
Cuba tengok kuku sendiri..ada tak bergaris-garis?bukan berbelang-belang..tapi bergaris..kalau ada cuba rasa dengan permukaan jari tangan kita..
Sekata ke tak sekata? Ok..tak sekata..cuba bau pulak.. Oit2..tu kerja gila..kang pengsan pulak, cukuplah sekadar lihat dan feels sahaja.
Kalau bergaris dan rasa tak sekata..maknanya confirmlah dah kena serangan kulat..
Kalau bukan kita yang pelupa  mungkin ahli keluarga kita yang pelupa..kalau dalam satu family tu sorang kena kulat mesti yang lain pun akan ada jugak.
Jadi, masing-masing kena sharelah apa yang kita tahu tentang kulat ni..jangan jadi penternak kulat yang Berjaya pulak.
Cara nak elakkan kulat kuku
Owh kalau nak ikutkan pantang larang memang banyak tapi basic things is, jagalah kebersihan. Pakai stokin kalau boleh rajin-rajin lah cuci.kalau malas sangat pun
Rendam lepastu sidai lah kat pagar 7 hari 7 malam..harap-harap kuman dan bacteria semua dah tersadai kat bawah pagar tu..Selain dari tu kalau tak pakai stoking
Pun kalau boleh jadilah pengguna yang bijak.Pilih kasut yang bersesuaian. Jangan pakai kasut yang kurang pengudaraan. Kalau takde lubang sangat tebuk je dua pintu kat depan satu pintu kat belakang ala-ala kereta jaguar..stylo tu..:) sebabnya kalau kurang pengudaraan ,kaki jadi lembab dan dengan segera kad jemputan di hantar pada kulat untuk makan kenduri kuku..:) owh geli pulak bunyi dia.
Rawatan untuk kulat kuku
Setiap penyakit ada penawarnya, untuk kulat segeralah mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan. Jumpa doctor dan terangkan yang kuku kamu
ada masalah ,tak perlu malu dengan doctor, ni ada yang malu punya pasal, ada bisul kat punggung cakap sembelit. Bila tak sembelit makan ubat sembelit tak ke cirit birit.
Senget.

1 comment: