Tip-tip Untuk Kulit Sihat dan Cantik
1.Makan buah buahan dan sayur sayuran
Makanlah buah-buahan dan sayur sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral. Buah dan sayuran ni kaya dengan anti oksidan dan serat. Buah-buahan atau sayuran sangat penting bukan sahaja untuk kecantikan malah baik untuk menyihatkan badan . Perkara yang paling penting yang harus kita tahu adalah buah yang paling baik untuk kulit iaitu buah yang mengandungi Vitamin C kerana ia membantu memperbaharui sel sel kulit mati dan juga bagus untuk penyembuhan luka.Walau bagaimanapun, vitamin dan zat-zat mineral yang lain juga ada kebaikan untuk kulit kita dan untuk kesihatan kita. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah vitamin- vitamin itu..

sayur sayuran baik untuk kulit
Vitamin apakah yang penting untuk kulit?
Vitamin A – kita boleh dapat dari sumber sayuran seperti bayam, sawi, lobak merah, tomato dll.
Vitamin C- boleh dapat dari sumber betik, belimbing, oren, limau dan sayur sayuran hijau.
Zat Besi – ayam, ikan, telur, kekacang dan makanan laut.
Pendek kata makan lah ikut panduan pemakanan sihat dan ikutlah piramid makanan yang betul. Kurangkan makanan berlemak, lebihkan sayuran dan buah-buahan.

2. Minum air yang banyak
Yang kedua, minumlah air yang secukupnya untuk badan kita. Orang dewasa normal perlu 8 gelas air sehari bersamaan dengan sekurang-kurangnya 2 Liter. Kalau cuaca panas seperti musim sekarang, minumlah air lebih daripada biasa kerana ini membantu untuk mengurangkan risiko kulit menjadi kering dan kusam. Anda mahu cantik? Berubahlah dari sekarang, kurangkan Air bergula da lebihkan air mineral untuk badan yang sihat.
Minum air banyak
Selain dari itu, air juga penting untuk peredaran darah, melancarkan sistem badan, sistem pernafasan dan mampu membersihkan sisa toksin dalam badan.
Kesan jika kurang minum air : boleh memberi masalah kepada peredaran darah, sakit kepala/pening, sembelit, bibir kering dan sebagainya..tak cantik kan kalau tak sihat dan kulit bermasalah?
3. Tidur yang cukup
Untuk mendapatlkan kulit yang cantik mestilah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Orang kata tidur ni buat badan cepat gemuk atau tak aktif. Tapi sebenarnya SALAH! Jika tidur kita cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari, badan akan lebih bertenaga serta kelihatan segar sentiasa.Berbanding pula dengan orang yang tak cukup tidur, bawah mata kelihatan gelap, tak bermaya dan tak ceria. Kelihatan stress seolah-olah memikul batu di bahu. Masih tak percaya? Cuba..dan bezakan.
4. Senaman
Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu kerana ia dapat membantu kita untuk kelihatan awet muda, Selain dari itu, senaman boleh jadikan kulit nampak lebih sihat dan mulus. Bila kita kerap bersenam, proses perkumuhan akan berlaku dengan lancar. Justeru itu peluh yang dihasilkan dapat membuang sisa-sisa toksin yang ada dalam badan.
Dengan senaman juga ia mampu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan jantung serta paru paru, pendek kata baik untuk kesihatan bukan hanya untuk kecantikan. Kalau anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, masih ada cara untuk itu.
Pertama, amalkan berjalankaki sekurang-kurangnya 15-20 minit sehari.
dan Kedua, pilih untuk menggunakan tangga berbanding lif dalam aktiviti harian anda.
Mudah kan untuk tampil cantik dan sihat? Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment