Lebih 50 peratus rakyat kita mementingkan penjagaan kulit, tak kira jantina lelaki ataupun wanita. Tapi, tetap masih ramai yang mengeluh kulit tetap kusam, kering, dan gelap walaupun telah menggunakan pelbagai produk yang mungkin beratus ringgit nilainya. Kenapa tak berhasil??tepuk dada baca je la.
1.Merokok.
2.Terdedah pada cahaya matahari terlalu lama
3.Mengambil makanan yang tidak berzat.
4.Kurang air dalam badan.
5.Senaman yang tidak teratur.
Kalau betul kita inginkan penjagaan yang rapi untuk kulit dan mahukan ianya berhasil. Elakkan dari merokok mahupun dari asap rokok. Cuba tidak terlalu berjemur pada cahaya matahari secara terus, pakai baju yang lebih tertutup dan berpayung ketika terlalu panas. Dari segi pemakanan, cuba ambil makanan yang berzat, makan buah-buahan yang baik untuk kulit contohnya yang mengandungi vitamin C serta mengambil makanan yang seimbang. Minum air masak dengan banyak sekurang-kurangnya 2liter sehari, ini kerana bagus untuk menggalakan pembuangan toksin dari badan. Dan yang terakhir, lakukan senaman dengan teratur kerana ini yang paling membantu dalam meningkatkan kesegaran kulit.
Anda tak percaya? Cubalah..
"Sihat dan cantik itu impian.."








