Thursday, June 28, 2012

How to be gorgeous aka bagaimana nak jadi cantik

Everyone can be gorgeous just like what you wanted but with a few tips that can be shared from me as a person who think this is just based from the power of mind. Firstly, i'm sorry for the grammatical error in my writing and for sure it have alot of mistakes but I am so glad if the concern reader can correct me as you know I am born as a malaysian not australian..:)

Positive thinker
Ok, I know it hard for us to be a positive thinker but actually this is not just to make your confident level increases but it's also to make your brain send a billions impulse to your body and to your organ which can prove that you are beautiful. Sometimes you will feel like no confident when  you have a small nose and feel shy when people stare at you for a long time. I know you afraid they will notice your weakness.But don't you feel when you pull your face they will more notice there is something is not right with you? Of course they will look on inch angle of your face either .....

continue..



Perempuan Cantik

Istilah cantik untuk perempuan dinilai dari aspek yang berbeza samada dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani. Bagi aku, perempuan umpama gula dan lelaki umpama semut, walau dimana sekalipun kita berada semut tetap akan terus mengekori kita.

The Beautiful of women are value in different perspection, either from physically, mentally or from inner site. But for me, a women is like a sweet, and a man is like an ant. Wherever you go, the ant are always follow you and wanted you.



Friday, June 8, 2012

Kulat Kuku

Hai penternak kulat..:) haha.. maaf..maaf.. dalam menjaga kebersihan diri, adakah kita sedar yang kuku kita bersih atau tak?
Pernah tak kita intai  macam mana rupa kuku kita ?ada tak macam rupa kuku..ke macam rupa kutu? kutu pun aku dah tak ingat rupa dia macam mana..
Okay..serius gak sikit..
Kuku ni asset yang penting untuk memikat jantina yang berlawanan dengan kita..orang yang mempunyai kuku yang cantik dan bersih sah-sah
Dah ada cop dah kat atas kepala dia “PEMBERSIH” tapi kalau kotor..bukan kat kepala tapi kat muka dia orang cop “PENGOTOR”..normallah manusia zaman sekarang kan..
Kuku ni perhiasan yang paling kecil pada badan kita sebab tu susah nak jaga..Asyik terlupa je..Gosok sana gosok sini tapi kuku jugak yang dilupakan..
Effect kuasa duanya..terjadilah kulat kuku..
Aku tak maksudkan orang yang ada kulat kuku tu pengotor cuma, yelah macam aku kata tadi mungkin terlupa..banyak lagi tempat lain yang dia nak ingat..
Ketiak, jambang, uban dan seangkatan tempat terselit dengannya.
 Langkah awal mengesan kulat kuku
Cuba tengok kuku sendiri..ada tak bergaris-garis?bukan berbelang-belang..tapi bergaris..kalau ada cuba rasa dengan permukaan jari tangan kita..
Sekata ke tak sekata? Ok..tak sekata..cuba bau pulak.. Oit2..tu kerja gila..kang pengsan pulak, cukuplah sekadar lihat dan feels sahaja.
Kalau bergaris dan rasa tak sekata..maknanya confirmlah dah kena serangan kulat..
Kalau bukan kita yang pelupa  mungkin ahli keluarga kita yang pelupa..kalau dalam satu family tu sorang kena kulat mesti yang lain pun akan ada jugak.
Jadi, masing-masing kena sharelah apa yang kita tahu tentang kulat ni..jangan jadi penternak kulat yang Berjaya pulak.
Cara nak elakkan kulat kuku
Owh kalau nak ikutkan pantang larang memang banyak tapi basic things is, jagalah kebersihan. Pakai stokin kalau boleh rajin-rajin lah cuci.kalau malas sangat pun
Rendam lepastu sidai lah kat pagar 7 hari 7 malam..harap-harap kuman dan bacteria semua dah tersadai kat bawah pagar tu..Selain dari tu kalau tak pakai stoking
Pun kalau boleh jadilah pengguna yang bijak.Pilih kasut yang bersesuaian. Jangan pakai kasut yang kurang pengudaraan. Kalau takde lubang sangat tebuk je dua pintu kat depan satu pintu kat belakang ala-ala kereta jaguar..stylo tu..:) sebabnya kalau kurang pengudaraan ,kaki jadi lembab dan dengan segera kad jemputan di hantar pada kulat untuk makan kenduri kuku..:) owh geli pulak bunyi dia.
Rawatan untuk kulat kuku
Setiap penyakit ada penawarnya, untuk kulat segeralah mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan. Jumpa doctor dan terangkan yang kuku kamu
ada masalah ,tak perlu malu dengan doctor, ni ada yang malu punya pasal, ada bisul kat punggung cakap sembelit. Bila tak sembelit makan ubat sembelit tak ke cirit birit.
Senget.

Friday, May 18, 2012

5 Faktor penjagaan kulit tidak berhasil

Lebih 50 peratus rakyat kita mementingkan penjagaan kulit, tak kira jantina lelaki ataupun wanita. Tapi, tetap masih ramai yang mengeluh kulit tetap kusam, kering, dan gelap walaupun telah menggunakan pelbagai produk yang mungkin beratus ringgit nilainya. Kenapa tak berhasil??tepuk dada baca je la.

1.Merokok.

2.Terdedah pada cahaya matahari terlalu lama


3.Mengambil makanan yang tidak berzat.


4.Kurang air dalam badan.

5.Senaman yang tidak teratur.

Kalau betul kita inginkan penjagaan yang rapi untuk kulit dan mahukan ianya berhasil. Elakkan dari merokok mahupun dari asap rokok. Cuba tidak terlalu berjemur pada cahaya matahari secara terus, pakai baju yang lebih tertutup dan berpayung ketika terlalu panas. Dari segi pemakanan, cuba ambil makanan yang berzat, makan buah-buahan yang baik untuk kulit contohnya yang mengandungi vitamin C serta mengambil makanan yang seimbang. Minum air masak dengan banyak sekurang-kurangnya 2liter sehari, ini kerana bagus untuk menggalakan pembuangan toksin dari badan. Dan yang terakhir, lakukan senaman dengan teratur kerana ini yang paling membantu dalam meningkatkan kesegaran kulit.

Anda tak percaya? Cubalah..

"Sihat dan cantik itu impian.." 


Wednesday, May 16, 2012

Eye Make-up Competition For Female Blogger!

Hello dears..

First and foremost I would like to invite all of you to join my Contest "Jelita eye-make up" that will be held  on next week. Okay, syaratnya mungkin perlu follow blog ni. Tapi secara profesional tiada paksaan untuk melakukan sedemikian. Kepada yang berminat..

Langkah pertama.
Sila tinggalkan Nama dan link blog didalam kotak komen dibawah. Pastikan anda sentiasa update dengan tarikh dan ranking-ranking simata jelita sepanjang minggu tersebut.

Kemudian,bermula tarikh 20 hingga 25 Mei 2012..

1.Sila buat entry bertajuk "Eye Make-up Competition For Female Blogger"
2.Letakkan seberapa banyak gambar mata kamu yang dah di make-over
3.Buatkan link terus ke blog ni.
4.Dan Link pada Tarikh perasmian contest tersebut.

Pastikan gambar itu adalah kepunyaan kamu sendiri dan bukan hak milik orang lain. Peserta yang terpilih akan menjadi pembuka mata dalam selingan gambar 'Belog Careila' yang diatas sehingga contest yang lain diadakan. Anda yang terbaik? adore and addict to handling a make-up??prove It!



Sihat dan cantik itu Impian...


Monday, May 14, 2012

Tip-tip Untuk Kulit Sihat dan Cantik

1.Makan buah buahan dan sayur sayuran

Makanlah buah-buahan dan sayur sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral. Buah dan sayuran ni kaya dengan anti oksidan dan serat. Buah-buahan atau sayuran sangat penting bukan sahaja untuk kecantikan malah baik untuk menyihatkan badan . Perkara yang paling penting yang harus kita tahu adalah buah yang paling baik untuk kulit iaitu buah yang mengandungi Vitamin C kerana ia membantu memperbaharui sel sel kulit mati dan juga bagus untuk penyembuhan luka.Walau bagaimanapun, vitamin dan zat-zat mineral yang lain juga ada kebaikan untuk kulit kita dan untuk kesihatan kita. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah vitamin- vitamin itu..




sayur sayuran baik untuk kulit

Vitamin apakah yang penting untuk kulit?

Vitamin A – kita boleh dapat dari sumber sayuran seperti bayam, sawi, lobak merah, tomato dll.
Vitamin C- boleh dapat dari sumber betik, belimbing, oren, limau dan sayur sayuran hijau.
Zat Besi – ayam, ikan, telur, kekacang dan makanan laut.

Pendek kata makan lah ikut panduan pemakanan sihat dan ikutlah piramid makanan yang betul. Kurangkan makanan berlemak, lebihkan sayuran dan buah-buahan.






2. Minum air yang banyak

Yang kedua, minumlah air yang secukupnya untuk badan kita. Orang dewasa normal perlu 8 gelas air sehari bersamaan dengan sekurang-kurangnya 2 Liter. Kalau cuaca panas seperti musim sekarang, minumlah air lebih daripada biasa kerana ini membantu untuk mengurangkan risiko kulit menjadi kering dan kusam. Anda mahu cantik? Berubahlah dari sekarang, kurangkan Air bergula da lebihkan air mineral untuk badan yang sihat.










Minum air banyak





Selain dari itu, air juga penting untuk peredaran darah, melancarkan sistem badan, sistem pernafasan dan mampu membersihkan sisa toksin dalam badan.



Kesan jika kurang minum air : boleh memberi masalah kepada peredaran darah, sakit kepala/pening, sembelit, bibir kering dan sebagainya..tak cantik kan kalau tak sihat dan kulit bermasalah?



3. Tidur yang cukup




Untuk mendapatlkan kulit yang cantik mestilah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Orang kata tidur ni buat badan cepat gemuk atau tak aktif. Tapi sebenarnya SALAH! Jika tidur kita cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari, badan akan lebih bertenaga serta kelihatan segar sentiasa.Berbanding pula dengan orang yang tak cukup tidur, bawah mata kelihatan gelap, tak bermaya dan tak ceria. Kelihatan stress seolah-olah memikul batu di bahu. Masih tak percaya? Cuba..dan bezakan.



4. Senaman






Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu kerana ia dapat membantu kita untuk kelihatan awet muda, Selain dari itu, senaman boleh jadikan kulit nampak lebih sihat dan mulus. Bila kita kerap bersenam, proses perkumuhan akan berlaku dengan lancar. Justeru itu peluh yang dihasilkan dapat membuang sisa-sisa toksin yang ada dalam badan.



Dengan senaman juga ia mampu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan jantung serta paru paru, pendek kata baik untuk kesihatan bukan hanya untuk kecantikan. Kalau anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, masih ada cara untuk itu.

Pertama, amalkan berjalankaki sekurang-kurangnya 15-20 minit sehari.

dan Kedua, pilih untuk menggunakan tangga berbanding lif dalam aktiviti harian anda.


Mudah kan untuk tampil cantik dan sihat? Selamat mencuba..